I LOVE YOU








:: muslim woman ::
Saturday 28 April 2012 | 16:17 | 0 comments

Profile Pictures

:: when she is a DAUGHTER, she opens a door of JANNAH for her father. when she is a WIFE, she completes half of the DEEN of her husband. when she is a  MOTHER, JANNAH lies under her feet - if everyone knew the true status of a muslim woman in ISLAM, even the men would want to be women :: 
:: 7 golongan mulia ::
| 01:56 | 0 comments

Aku ISLAM

::1) pemimpin yang adil. tiada pedulikan pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut keuntungan peribadinya.

2) pemuda yang giat beribadah kepada ALLAH. tiada pedulikan pemuda yang malas dan leka.

3) orang yang berzikir kepada ALLAH di tempat yang sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada ALLAH.

4) orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid.

5) orang yang bersedekah dengan sembunyi2x sehingga orang lain yang ada di kanan dan kirinya tidak mengetahuinya.

6) dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana ALLAH.

7) lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata "aku takut kepada ALLAH"::

:: don't be sad. ALLAH is with us ::
| 01:30 | 0 comments

INSPIRED BY INSPIRATION ..

:: assalamualaikum, hari ini aku jalan dengan kawan-kawan. tapi ntah kenapa hati ku tidak tenang dan sedih, padahal jalan dengan kawan tue kan perkara yang boleh hilangkan stress. mungkin sebab aku terlalu fikirkan itu dan ini. YA ALLAH, aku mohon tenangkan la hatiku, hilangkan la sedih di hatiku. aku mohon padaMU YA ALLAH. ouhh yeaa, tadi aku masuk satu kedai. aku nampak satu buku tentang islam. aku pun beli la, saja mahu dekatkan diri ke jalan ALLAH S.W.T :: 


:: pearl of islam ::
Friday 27 April 2012 | 15:35 | 0 comments

226\365 In Allah we trust- part II | Flickr - Photo Sharing!

:: sesungguhnya ALLAH S.W.T pada hari kiamat berfirman, "Diamanakah orang yang cinta mencintai kerana keagungan-KU?? pada hari ini AKU akan menaungi dengan menunggu-KU di hari yang tiada naungan selain naungan-KU ::
:: tiada taubat tanpa penyesalan ::
| 05:39 | 0 comments

Allah by ~SifrAmal

:: Kehidupan di dunia sememangnya penuh dengan ujian dan cabaran. Bagi mereka yang beriman, langkah demi langkah dihayun dengan penuh kewaspadaan agar tetap dalam ketaatan. Manakala bagi mereka yang lalai, hasutan syaitan lebih gemar dituruti, lantas menyebabkan diri lena diulit kemaksiatan.
Pun begitu, selagi makhluk itu bernama manusia, ia pasti tidak akan terlepas daripada kesilapan dan keterlanjuran. Dalam menempuh hidup ini, pasti ada saja dosa-dosa yang dilakukan sehari-hari. Jika tiada cetusan keinsafan dalam diri, tunggu sajalah balasan seperti yang dijanjikan Ilahi.
Namun, bagi mereka yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, masih ada waktu untuk mereka memperbaiki diri. Dosa kecil, antara lain boleh dihapuskan dengan cara beristighfar dan berterusan melakukan amal kebaikan. Manakala bagi dosa besar, ia harus dicuci dengan samudera taubat, tulus merintih keampunan daripada-Nya.
Firman Allah:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kebodohan, kemudian mereka bertaubat dengen segera, maka taubat mereka itulah yang diterima oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(An-Nisa’: 17)
Bab ini berhasrat untuk mengajak kita sama-sama mengenal dan menghayati hakikat taubat. Apa itu taubat? Menurut Dr Shaleh Ghanim Assadlani dalam bukunya “Wajibut Taubat Ila Allah”, perkataan taubat berasal dari kata akar “tawaba” yang bererti kembali. Seseorang dikatakan kembali atau bertaubat apabila dia menjauhi semua perbuatan dosa. Maka, erti taubat ialah kembali kepada Allah dengan melepaskan seluruh hubungan hati dengan dosa, kemudian kembali mengerjakan kewajipannya kepada Allah.
Taubat di segi syarak pula bermaksud meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakannya kerana Allah. Kemudian berusaha untuk tidak mengulanginya bila dan di mana saja walaupun dia mampu dan tahu akan kemungkinan untuk mengulanginya.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dia Kehendaki dan memberi petunjuk orang yang bertaubat kepada-Nya.”
(Ar-Ra’d: 27)
Mengenai hakikat taubat, Muhammad Isa Selamat dalam bukunya “Taubat – Amalan & penghayatannya” telah menyebut, “Taubat adalah perasaan hati kecil yang merupakan penyesalan atas segala yang telah terjadi, kemudian mengharap ampunan daripada Allah dengan menjauhi segala perbuatan dosa, dan selalu berbuat kebaikan. Dengan perbuatan baik inilah, taubat seseorang dan seluruh ketaatannya akan diterima oleh Allah. Barangsiapa yang bertaubat hanya sekadar mengisi kekosongan dan tidak mengerjakan apa-apa yang dicintai oleh Allah, maka dia tidak dikatakan bertaubat, kecuali kalau dia benar-benar kembali kepada Allah dan berusaha melepaskan kaitan hati dari mengulangi perbuatan dosa serta menetapkan makna taubat di dalamnya sebelum mengucapkannya secara lisan, dan membuktikan dengan kesungguhan taubatnya dengan menjauhi segala yang dibenci Allah serta kembali kepada yang dicintai dan diredai-Nya.”
Daripada kata-kata tersebut, dapat disimpulkan bahawa sesuatu taubat itu sebenarnya mempunyai syarat-syarat khusus yang akan menentukan sama ada ia akan diterima atau tidak oleh Allah. Syarat-syarat taubat meliputi:
1. Ikhlas ingin bertaubat
Apa saja amalan, walaupun caranya benar di sisi syariat namun bukan kerana Allah, amalan itu tetap tertolak. Begitu jugalah dengan taubat, Allah tidak akan menerima taubat seseorang melainkan ia dilakukan dengan rasa ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, bukan kerana manusia atau dunia.
2. Meninggalkan segala dosa
Ia bermaksud meninggalkan segala bentuk maksiat sama ada pernah atau tidak pernah dilakukannya. Hendaklah dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menghilangkan akar-akar kemaksiatan yang ada dalam hatinya agar kembali bersih dan suci, meninggalkan segala larangan Allah dan melaksanakan apa-apa yang diwajibkan ke atas dirinya.
3. Menyesal atas dosa yang dilakukan
Orang yang bertaubat hendaklah benar-benar menyesal atas segala kejahatan yang pernah dilakukannya pada masa lampau. Dia merasa sedih di hadapan Allah atas dosa-dosanya dan mengakui bahawa kelakuannya itu adalah perbuatan yang salah di sisi agama.
4. Tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat
Orang yang bertaubat hendaklah bertekad untuk tidak lagi mengulangi segala perbuatan maksiat pada masa hadapan. Sesungguhnya taubat yang diselangi dengan pengulangan perbuatan dosa adalah taubat golongan pendusta yang Allah tidak akan ampuni dan memasukkannya ke dalam syurga.
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Sesuatu taubat itu akan diterima Allah apabila ia dikerjakan sebelum waktu ajalnya, juga sebelum tiba Hari Kiamat. Bila sahaja Malaikat Maut telah datang menjemput, maka taubat pada waktu itu sudah tidak berguna lagi.
“Dan tidaklah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu diterima oleh Allah hingga apabila ajal datang kepada seseorang di antara mereka, barulah mereka mengatakan: ‘Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.’ Dan tidak pula taubat orang-orang yang mati dalam kekafiran diterima-Nya. bagi mereka telah Kami sediakan seksa yang pedih.”
(An-Nisa’: 18)
Orang-orang yang bertaubat akan beroleh keutamaan yang besar di sisi Allah. Memandangkan taubat adalah salah satu amalan yang paling utama, maka Allah telah menjanjikan kejayaan kepada mereka yang bertaubat.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
(An-Nur: 31)
Orang-orang yang bertaubat juga akan diampuni oleh Allah walaupun dia telah banyak melakukan dosa, hatta sebanyak buih di laut sekalipun. Hal ini bertepatan dengan firman Allah:
“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menyesatkan dirinya sendiri, kemudian ingat akan Allah dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui.”
(Ali Imran: 136)
Selain itu, pintu rahmat Allah akan sentiasa terbuka kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat, sehinggakan tidak ada apa-apa hijab (penghalang) antara mereka dengan Tuhannya. Dalam al-Quran Allah berfirman:
“Kecuali bagi siapa saja yang bertaubat, beriman dan beramal salih, nescaya mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidak disesatkan sedikit jua pun. Iaitu syurga Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya sekalipun syurga itu tidak nampak, sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati.”
(Maryam: 60-61)
Malah, dalam taubat terkandung kemuliaan, iaitu selain keampunan, Allah turut mengirimkan bersamanya rezeki yang melimpah-ruah serta zuriat keturunan yang baik-baik. Firman Allah:
“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya dia akan mengirimkan kepadamu hujan yang lebat. Dan melimpahkan kepadamu harta dan keturunan, menyediakan untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai.’”
(Nuh: 10-12)
Justeru, bagi kita yang tidak pernah bertaubat, berbuatlah demikian selagi nyawa dikandung badan. Bagi yang jarang bertaubat pula, perhebatkanlah taubat kita kepada Allah. Ingatlah, Rasulullah s.a.w. sendiri pun masih tetap memperbaharui taubat baginda pada setiap saat dan ketika walaupun baginda bersifat maksum dan telah dijamin syurga oleh Allah.
Kembalilah kita ke jalan kebenaran, moga-moga kita dapat mengecapi kehidupan di dunia dan akhirat dengan penuh kebahagiaan ::
:: monolog dosa ::
Thursday 26 April 2012 | 06:52 | 0 comments

Untitled

:: takutilah dosa sama ada dosa kecil ataupun besar. ia adalah bala bencana yang paling besar di dunia dan di akhirat. kerana dosa, terputuslah hubungan dengan ALLAH yang MAHA ESA ::

:: kemurkaan ALLAH pun menimpa kita. dengan dosa2x terhijablah kita dengan ALLAH yang MAHA BERKUASA. tertolak doa kita akibat maksiat yang dilakukan ::

:: ibadah tidak ada lagi harganya, lantaran dosalah segala bentuk kesusahan dan menakutkan berlaku di dunia, sebagai hukuman kepada manusia ::

:: di akhirat apatah lagi neraka padahnya. penderitaan yang tiada bandingan dan tiada taranya. takutilah dosa walaupun sekecil-kecilnya. ia adalah menjadi hijab di antara hamba-hamba ::

:: dosa2x kecil dan besar adalah amat dahsyat, lebih dahsyat daripada segala bencana, jauhilah dosa kecil atau besar. apabila berlaku bertaubatlah segera, sebelum ALLAH membalas kepada kita ::

:: jauhilah dosa, kerana dosa merupakan kemalangan yang paling besar dan dahsyat. prihatinlah dengan dosa. agar kita sentiasa mengawasinya. moga2x kita terhindar daripadanya ::
:: mohon kembalikan dia ::
Tuesday 24 April 2012 | 02:35 | 0 comments

Mashhad (IRAN) Daily Photos: Laylat al-Qadr

:: YA ALLAH, aku mohon kepadaMU kembalikan la sahabatku kepadaku semula. aku percaya tiada lagi yang berhak melembutkan hati manusia selain dariMU YA ALLAH S.W.T.  kalau dia sudah memaafkan, sekali lagi lembutkan la hatinya untuk menerima diriku semula ::
:: kem bina semangat ::
Saturday 21 April 2012 | 02:15 | 0 comments

arichemical.

:: assalamualaikum, aku baru balik dari camping di sekolah. sampai ja di sekolah terus register nama, urus tue urus nie. petang jumaat tue kami main satu game yang betul2x mencabar kekuatan fizikal. LOL! hmm, masuk dalam lumpur, sapu lumpur di muka. c didi buli aku. sampai aku menangis. dia suruh aku menyanyi. takpa la, enjoy ja walaupun kotor2x. malam tue ada ceramah, best juga cikgu yang ceramah tue, lawak, enjoy, tak rasa mengantuk pun. lepas tue ada malam penghayatan, perrgghhh, sedihnya sampai menangis-nangis :'( . okayy2x. lepas tue kami tidur, aku pun tak tahu la jam berapa kami tidur. time tutup mata tue, tiba2x selimut aku macam ditarik-tarik. eeiisshh, ada apa nie?? rupa2x nya c nurul takutkan aku. errr! semua la jenis hantu dia sebut. awal2x pagi sudah kena kejut. aku rasa macam tak tidur pun. banyak aktiviti kami buat pagi tue termasuk la mandi air tanah, tapi aku terkecuali. LOL! ouhh yea, aku dari group 6 ataupun KFC. ahahhaha~ ::


tak henti2x senyum dari tadi,
asyik terbayang-bayang KFC,
tak sabar pulang jumpa family,
sama2x makan family feast...

oohh, balik makan,
Malaysia balik makan,
Malaysia balik makan,
family feast...
SO GOOD.

:: walaupun penat, tapi kami enjoy. hmm, camping nie bertujuan untuk mengajar pelajar2x yang berjawatan untuk menjadi pemimpin dan contoh yang baik kepada pelajar yang lain. camping nie memang membuka mata kami untuk menjadi pemimpin yang boleh dipercayai. KAMI PEMIMPIN CEMERLANG !!! ahahahaha~ ::


:: anak yang menyusahkan ::
Wednesday 18 April 2012 | 02:06 | 0 comments


☹ ☹ ☹ ☹ ☹ ☹
:: tadi di sekolah cikgu cakap ada kokum, so aku call abah minta ambil jam 4.30. abah cakap okayy2x. lepas habis kelas maths, aku dengan kawan2x pergi solat. lepas tue aku rasa bosan dekat sekolah tue. rasa macam _______________. errr! aku call kak ngah minta ambil cepat sabab rasa macam diri di_____________. okayy2x then, bila aku sampai rumah, aku solat asar, mandi, makan. ouhhh, aku lupa beritahu abah tak payah ambil sebab kak ngah sudah ambil. aku tengok handphone ku ada missedcall dari abah. aku call abah balik, dengan rasa tak bersalah aku cakap "abah, tak payah la ambil ieka, ieka di rumah sudah nie". abah cakap "abah kat sekolah nie". hmmm,, aku nie memang anak yang menyusahkan. balik2x menyusahkan. lepas nie aku takkan buat lagi benda yang sama. sekarang nie aku betul2x rasa bersalah dengan abah. aku janji takkan buat salah lagi, sudah la membazir masa abah, membazir minyak kereta lagi. ='( ::
:: forgive all my sins YA ALLAH ::
Sunday 15 April 2012 | 00:24 | 0 comments

Islamization Watch: Chechnya's Islamic Revival: Islam goes up ~ women go down

:: aku berasa sangat takut dengan segala dosa2x yang telah ku lakukan. aku mahu berdiri di jalan yang lurus, jalan yang benar. YA ALLAH sesungguh nya aku berasa sangat takut untuk ke NERAKA, tapi aku tak layak masuk ke SYURGA. may i always receive guidance from ALLAH dan terpelihara daripada dosa. ampunkanlah segala dosa2x ku YA ALLAH, kerana aku hanyalah insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. semoga pintu taubat sentiasa terbuka untuk diriku. amin~ ::
:: berilah sedikit masa ::
Friday 13 April 2012 | 07:20 | 0 comments

e v e r y t h i n g - i n s p i r i n g . c o m

:: bagi dia masa, bagi dia masa, bagi dia masa, bagi dia masa. dia?? sapa dia?? ntah la. sekarang nie aku cuma rasa bosan tahap _________________ . aku tak tahu maw buat apa. mata pun still fresh macam jam 10.00 pagi ja kan?? errrrr. okayy, masih berfikir dalam hati, bagi dia masa, bagi dia masa, bagi dia masa, bagi dia masa. ::
:: i cried so many night ::
Sunday 8 April 2012 | 20:15 | 0 comments

☹ 迷い子 [まよいご] ☹

:: sometimes life will kill us. not all that we planned akan berlaku mengikut kehendak kita. kita tak kan menyangka kegembiraan itu akan berakhir dengan kesedihan. merancang, merancang, merancang, last2x apa yang kita rancang tu langsung tak menjadi. ouhh yeaa, kita lupa manusia tidak selalu baik, manusia tidak selalu jahat. pendek kata, manusia boleh berubah. okayy2x, tapi bukan semua kan?? ::
:: orang yang kau tak mahu maafkan tu jugalah yang sayang kau ::
| 06:58 | 0 comments

Nevermind.▲
:: orang yang berkali-kali meminta maaf tu mungkin tak bermakna sudah dalam hidupmu. ouhhh yeaa, bkn tak bermakna, takda makna langsung. okayy, bila sudah jadi begini, semuanya akan bertindak diluar kawalan, emosi terganggu. langsung tak di layan?? ouhhh yeaa, takda makna langsung pula sudah bha. rasa macam___________________ juga bila kita bercakap macam bercakap dengan dinding, kita macam batang kayu, kita macam angin yang lalu :: 
:: life is so cruel ::
| 02:57 | 0 comments

Slike na kojima je Mesa Selimovic

:: maybe my actions told everyone i wasn't a true friend but the truth is, i still love u with all my heart. aku tak tahu kenapa boleh jadi begini. bukan itu saja, yang seorang lagi ni, aku cuma tanya, terus marah. semuanya terjadi dalam sekelip mata, semuanya berubah dalam sekelip mata. ::


:: kebahagiaan dan kedukaan ::
Thursday 5 April 2012 | 02:22 | 0 comments

Photos - Google+

:: hari ini, kebahagiaan sudah dikecapi. . namun masih berharap sinar harapan, seribu kemaafan dari seorang insan yang amat disayangi . . tiada perasaan jemu memohon maaf, macam tak pernah kenal kan?? tak mungkinlah. . namanya tak pernah terhapus dalam setiap doaku. . ::




/