I LOVE YOU








:: hatiku benar-benar ingin menuju ke jalan-NYA ::
Friday 25 May 2012 | 06:23 | 0 comments

Facebook

:: barulah aku sedar yag selama ini aku lalai dan lupa mengingati ALLAH S.W.T, urat nadiku pun taw yang aku sedang hampa hidup tanpa cinta-NYA. usia ku 17 tahun ini, barulah hatiku, mataku benar2x sudah terbuka. semuanya terjadi secara tiba2x. terima kasih atas segalanya ya ALLAH. aku mohon ENGKAU pegangi aku ya ALLAH, supaya aku tidak tersalah jalan, tidak tersesat. kuatkanlah iman di dadaku, kuatkanlah semangat ku. aku yakin dan sangat yakin, semua kan ada hikmahnya. aku mohon, jangan biarkan hatiku berubah. aku takkan berpaling dari-MU ya ALLAH :') , ALLAHUAKBAR ::
:: berhijrahlah sebelum terlambat ::
Wednesday 23 May 2012 | 23:09 | 0 comments

صور الحائط

:: berhijrah disini bermaksud berubah. aku tulis untuk mengingatkan, menyedarkan diriku sendiri. masih belum terlambat untuk aku berubah ke jalan-NYA. semoga aku sentiasa terpelihara dari melakukan dosa ::
:: menangislah kalau itu boleh buat kau tenang ::
Friday 18 May 2012 | 06:25 | 0 comments

/Eve (Ib)/#1102723 - Zerochan

:: bukan manusia kalau tak pernah rasa susah dalam hidupnya. aku pun pernah rasa susah, sekarang nie pun aku rasa susah, semuanya memang susah. exam mid year, memang susah. study memang susah. time duduk exam addmaths, memang sangat susah sampai aku menangis, tapi takpa, teruskan saja la, someone told me, semuanya bermula dari susah. tapi bukan cuma itu saja yang aku rasa susah, banyak benda lagi. apa yang aku rasa.............. tak dapat aku luahkan dengan kata2x. aku hanya mampu berusaha, solat dan sujud kepada ALLAH S.W.T untuk minta pertolongan daripada-NYA. cuma aku tak tahu di mana salah dan silapku, aku pun bingung dengan diriku sendiri. aku hanya boleh diam dan teruskan hidup yang telah ditentukan oleh-NYA. ::
:: yes, KAMU. back to our beautiful moment ::
Thursday 10 May 2012 | 00:22 | 0 comments

Facebook

:: aku banyak lalui hari2x dalam hidupku dengan penuh kesabaran walaupun kadang2x ada perkara yang boleh buat aku rasa sakit. bila aku ada masa terluang dengan rakan2x aku, mesti keluar cerita2x pasal "past and future" biasa la kan girl's talk! hmm, please bring me back to our beautiful moment. kamu tue refers to someone that i love so much. kbye~ ::
:: hidup perlu ada kesabaran ::
Saturday 5 May 2012 | 03:56 | 0 comments

  It's okay not to be okay

:: aku cuma manusia biasa yang tak lepas melakukan dosa, tipu la kan kalau aku cakap hidup ku tiada masalah. macam yang aku cakap dan tanam dalam dalam minda ku, aku memang menyesal dengan apa yang aku pernah buat, tapi aku tak menyesal dengan pilihan ku. biarkan aku lupakan semua yang sudah jadi. kalau ini yang sudah ditentukan oleh ALLAH untuk hidupkan. aku terima semuanya dengan rela hati, walaupun kadang2x terpaksa. kesabaran perlu ada dalam menempuhi hidup ini. jangan putus asa, cuba lagi, usaha untuk kebaikan semua orang. hidup ini masih panjang, tapi ingat, kalau tidak melakukan amal kebaikan, tiada guna juga kan?? so, dalam hidup perlu ada kesabaran, kekuatan, usaha, amal kebaikan terutama solat. kerana solat adalah untuk mencapai kejayaan. jangan sesekali lupa perintah ALLAH S.W.T. :: 
:: setahun sudah ::
Friday 4 May 2012 | 17:09 | 0 comments


Blog de Saiida-73 - Saiida-73 aka Rose des tropiques - Skyrock.com
:: salam, hari nie genap setahun aku dgn c nurul pakai hijab. 05 may 2011, tahun lalu la tue kan?? aku dgn dia janji pakai tudung sama2x kalau nak pergi bandar or pergi mana2x saja, alhamdulillah, kekal la sampai hari ini. insyaALLAH, kekal la selama-lamanya sampai ke akhir hayat kami. kawan2x aku yang lain pun pakai tudung juga. alhamdulillah. ::

:: okayy, tutup cerita pasal hijab, aku maw cakap yang aku sangat menyesal dengan apa yang aku buat selama ini, tapi aku tak pernah rasa menyesal dengan pilihan ku. sesungguhnya ALLAH S.W.T telah menentukan takdir hidup kita sebagai hamba di atas muka bumi ini. jadi lupakan la semua yang telah buat diri kita menyesal, minta dengan ALLAH, pasti DIA akan bantu kita. ::
:: cinta mencintai kerana ALLAH S.W.T ::
Wednesday 2 May 2012 | 03:26 | 0 comments


Wall Photos
::Ada 5 bukti penting dan tanda utama yang dapat dikenal pada seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah SWT. Ini dapat dilihat dari hasil taddabur kita kepada ayat-ayat Al-Quran dan melalui penilaian kepada hadis-hadis nabawiyah.


1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah
Adalah mustahil seseorang itu berkata dia mencintai kita kerana Allah SWT tetapi dalam masa yang sama dia amat jauh dari jalan Allah dan seringkali melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
Cinta itu dibuktikan dengan perbuatan maka lelaki dan wanita yang mengatakan kepada anda bahawa dia mencintai kerana Allah juga akan membenci kerana Allah SWT dan membenci segala apa yang dimurkai oleh Allah SWT dari segala jenis dosa dan maksiat.
Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Tiga perkara yang jika terdapat pada seseorang maka dia pasti akan merasai kemanisan Iman. Iaitu Dia mencintai Allah dan rasul-Nya lebih dari selainnya. Dia mencintai atau membenci sesuatu hanya kerana Allah dan dia amat membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia tidak suka dicampakkan ke dalam api.” (hadis riwayat Bukhari)
Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.
Lelaki yang soleh pasti akan kelihatan di masjid dan ketika ada orang yang berada dalam kesusahan maka disitulah dia akan dapat ditemukan.
Perkara yang sama terjadi kepada kepada lelaki yang benar-benar mahu mengenali para wanita muslimah solehah itu. Ianya tidak hanya dengan sekadar ucapan di bibir atau pada teks sms dan copy paste di blog dan Fb si gadis.
Lihatlah auratnya apakah ditutup, lihatlah peribadinya apakah terpelihara dan dijaga kemudian lihatlah pemikirannya apakah dia seorang Muslimah yang hidup untuk dirinya atau dia hidup untuk Allah SWT.
Caranya tidak susah. Mana-mana muslimah yang hidup untuk Allah akan sanggup menerima poligami dan menghormati hak-hak lelaki yang Allah berikan kepada mereka . Si DIA akan tunduk serta patuh kepada hukum Allah dan lebih banyak bertolak ansur serta berusaha memahaminya dari berusaha mempertikaikannya.
Jangan terleka dan tergoda oleh rupa dan pakaian kerana syaitan itu amat bijak dengan tipudaya dan jalan-jalan kesesatan.

2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan
Pasti ada sebab si DIA cintakan kita kerana Allah dan apakah sebab-sebab itu adalah terhasil dari kerana ketaatan kita kepada Allah SWT atau kerana kemaksiatan kita kepada-Nya ?
Jika cinta yang diungkapkan itu adalah kerana ketaatan kita kepada Allah SWt maka ianya adalah jenis dari bahagian cinta-cinta yang suci dan datang atas kerana rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Ada wanita jatuh cinta kerana si lelaki itu kuat berdakwah dan menjadi Imam sukarela secara percuma. Ada lelaki terjatuh hati kerana melihat si wanita itu tegas dan teguh mempertahankan maruah dan auratnya dari dicabuli. Maka jenis-jenis cinta seperti itu memenuhi kehendak cinta yang dilakukan kerana Allah SWT.
Tanyakan SI DIA kerana apakah kamu mencintai saya ?
Jika jawapannya memenuhi jenis cinta yang berdasar dari ketaatan kepada Allah SWT maka ianya adalah dari Allah dan jika ianya berdasarkan dari sebab-sebab kejahatan dan kemaksiatan maka ianya dari syaitan.
Ini dapat diketahui dengan mudah jika kita sendiri menyedari akan kesalahan yang telah kita lakukan. Misalnya jika wanita itu tidak menjaga auratnya, tidak memelihara dirinya dari fitnah seperti tampil di khalayak ramai dalam rancangan TV menjadi wanita pilihan dengan bertabarruj dan “berposing kiri dan kanan” memaparkan kecantikan maka jika datang lelaki menghulurkan cinta kerana tertarik dan jatuh hati atas kecantikan itu maka ianya bukanlah dari ketaatan bahkan kemaksiatan dan berpunca dari kedegilan kita dalam mentaati syariat Allah SWT.
Wanita yang solehah tidak akan mendedahkan kecantikannya seperti lelaki yang bertaqwa tidak akan murah menampilkan kebaikan dirinya atau menunjuk-nunjuk kewarakan dan kesolehannya.
Tanyalah diri anda, apakah dosa atau ketaatan yang telah dilakukan sehingga melayakkan diri ini menerima ungkapan AKU CINTA DIRMU KERANA ALLAH !

3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah
Orang-orang yang benar dalam cintaNya kepada Allah mereka ini mempunyai kelebihan dan merupakan orang-orang yang benar-benar beriman. Mencintai mereka itu nescaya akan memberikan kebaikan dan menambahkan kemuliaan serta menambahkan kedekatan kita dengan tuhan.
Ini disebabkan di dalam sebuah hadis dari jalan Abu Hurairah ra yang menyebutkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia pun memanggil Jibril lalu memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (Wahai Jibril) si Fulan itu. Jibril pun lalu mencintainya, kemudian Jibril menyeru kepada seluruh penghuni langit seraya memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (Wahai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Maka para penghuni langit pun kemudian mencintainya. Setelah itu dijadikan seluruh penghuni bumi pun ikut menerimanya (mencintainya).” (hadis Muttafaq alaih)
Lihat dan perhatikanlah apakah di wajah orang yang mengatakan Aku cinta pada-Mu kerana Allah itu membuatkan anda teringat kepada ajaran Islam, kepatuhan kepada Allah SWT, kedahsyatan hari akhirat serta dosa dan pahala atau sebaliknya hanya mengundang kepada ingatan nafsu syahwat dan pelukan serta dakapan di atas tilam.
Cinta yang suci tidak akan mampu dibakar oleh api sebaliknya ia hanya akan memadamkan api demikianlah cinta yang sejati tidak akan datang kerana syahwat tetapi ianya pasti akan mampu memenuhi keperluannya.

4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa
Diantara ciri-ciri yang mustahak di dalam penilaian kebaikan seseorang ialah ianya tidak mengundang bahaya atau kemudharatan. Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda :“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)
Ini kerana tipu daya dan muslihat syaitan itu amat licik. Terkadang dia sengaja memalsukan kejahatan itu agar dilihat sebagai kebaikan atau kemuliaan.
Syaitan itu sendiri tahu untuk mengoda orang yang soleh itu tidak harus dengan maksiat dan kejahatan tetapi digoda dengan kebaikan dan kezuhudan agar si soleh itu menjadi sesat kerana riya’ atau ujub (kagum)dan ghurur (tertipu) dengan dirinya sendiri.
Mujahid bin Abi Mu'ammar meriwayatkan bahawa suatu hari pernah ada seseorang yang memuji seorang pemimpin. Kemudian Miqdad ibnul-Aswad pun menaburkan tanah ke mukanya, lalu berkata:"Rasulullah memerintahkan kami untuk menaburkan tanah kemuka orang yang suka memuji."(riwayat Muslim)
Imam Ibn Jauzi al-baghdadi dalam kitabnya Talbis Al-Iblis ada menyebutkan mengenai cara Iblis membelit ahli ibadah dan menjadikan mereka jauh daripada Allah melalui menampakkan kebaikan dan kelebihan diri mereka sehingga menjadi ujub dan kagum atau ibadah mereka lalu menjadi lalai kepada Allah dalam keadaan mereka menyangka bahawa mereka itu sedang beribadah.
Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam :"Kamu tidak akan selamat hanya oleh amalanmu sahaja." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila anda berhadapan dengan lelaki atau wanita yang mengucapkan kata-kata cinta yang suci menggunakan nama Allah SWT maka lihatlah apakah ianya membawa fitnah dan kelalaian atau memberikan manfaat kebaikan dan menjauhkan diri dari dosa.
Ramai orang terkena belitan syaitan apabila terpedaya kononnya bercinta kerana Allah SWT namun apabila sudah ber“couple” dan bercinta semua larangan Allah dilanggarnya.
Bertudung labuh dan berkopiah tetapi berdua-duaan ditempat yang tidak diredhai Allah kerana cinta dan perasaan akhirnya syariat Allah menjadi gadaian.
Ada orang yang baik, lelaki muslim dan wanita yang muslimah pada asalnya mahu bercinta kerana Allah tetapi dipertengahan jalan mereka ditipu oleh syaitan. Akhirnya kerana sudah pun terlanjur berpegangan tangan, bercium dan melakukan maksiat ringan masing-masing berpendapat kita sudah tiada jalan kembali kecuali terus terjebak dalam hubungan haram ini.
Allah itu maha pengasih dan pengampun, setiap kali terlanjur dan tersilap dalam perjalanan maka segeralah lakukan U-TURN sementara nyawa masih dikandung badan. Pintu taubat sentiasa terbuka dan segeralah rayu dan memohon keampunan daripada-Nya.
Janganlah terpedaya oleh syaitan yang sentiasa merayu peluang kedua dari manusia agar sekali lagi melakukan dosa. Sekali lagi sahaja, Cuma sekali lagi katanya yang merayu supaya terus melakukan dosa lalu terperangkap di dalamnya.

5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah
Cinta yang suci itu ialah cinta yang hanya tahu memberi tetapi tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Mereka ini seperti yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan : 9)
Jika benar si DIA mencintai Mu kerana Allah maka bergembiralah kerana kalian benar-benar mahukan syurga dan tidak kisah dengan siapa berakhirnya hubungan ini. Apakah dia menjadi milikmu atau kamu menjadi miliknya hal itu bukanlah isunya tetapi apakah Si DIA dan kamu masing-masing beroleh kasih sayang dan keampunan dari Yang Maha Esa.
Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)
Lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah SWT lebih takutkan Allah dan lebih mencintai Allah dari diri mereka sendiri dan secara pastinya mereka mencintai satu sama lain hanya semata-mata kerana hubungan masing-masing dengan Allah SWT.
Lelaki yang beriman dan benar-benar mengasihi seorang gadis kerana Allah akan sentiasa mahu wanita itu terpelihara dari dosa dan mahukan kebaikan serta rahmat Allah SWT ke atasnya.
Jika dia mahu mengahwini gadis itu maka hasratnya itu adalah kerana mahu melindunginya, mahu mengasihi dan memanfaatkannya di jalan Allah SWT. Adapun jika ada lelaki lain yang terlebih dahulu hadir dalam kehidupan wanita itu maka dia akan sentiasa mendoakannya dan mengharapkan kebaikan di antara kedua-duanya.
Hatinya Ikhlas dan hanya mengharapkan balasan dari Allah SWT.
Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :“Doa seorang muslim kepada saudaranya di belakang pengetahuan saudaranya pasti dimakbulkan. Di atas kepalanya akan ada malaikat yang menjaganya dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya itu maka malaikat pun ikut berkata “Amin” dan mendoakan supaya baginya juga mendapat serupa apa yang telah didoakan kepada saudaranya.” (riwayat Muslim)
Inilah sifat orang yang beriman dan menjadikan Allah sebagai matlamat dan tujuan. Mereka tidaklah menjadikan cinta kepada wanita, lelaki, teman dan kekasih mereka itu sebagai sekutu atau saingan dan tandingan kepada Allah SWT bahkan sebaliknya ia menjadi baja dan air yang menyuburkan keimanan mereka serta sokongan kepada ketaqwaan mereka.
Firman Allah yang bermaksud : “Dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yunus : 105)
Mereka inilah yang termasuk dalam hadis nabi yang bermaksud : “ Manusia yang paling bahagia di hari akhirat dengan syafaatku kelak ialah yang berkata “Lailahaillallah” Ikhlas daripada hati dan dirinya.” (hadis sahih riwayat Bukhari)
Syaitan tidak mampu menggoda mereka bahkan oleh wanita yang paling cantik jelita atau oleh lelaki yang paling kacak dan tampan sekalipun. Takala dikatakan oleh Syaitan tidak takutkan kamu jika jarang bertemu atau bersms dengan kekasihmu itu nanti dia akan mencari atau dipikat oleh lelaki lain ?
Orang ini akan berkata : “Alhamdulillah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah-lah kita akan kembali. Jika benar begitu maka saya akan mempermudahkan urusannya, membantunya agar dapat menikahi gadis yang ku sayangi ini jika benar lelaki yang lain itu adalah yang terbaik untuknya.”
Sesungguhnya aku mencintainya hanya kerana ALLAH S.W.T ::
:: marilah jiwa yang tenang ::
Tuesday 1 May 2012 | 01:31 | 2 comments

Tumblr

:: salam. huh~ hari ni aku tiba2x demam : ( . kawan2x ajak jalan pun aku terpaksa tolak. jealousnya aku tengok  gambar dorang. takpa2x. kepala aku serabut sangat2x, dengan kerja chemistry yang berlambak ni. aku rasa SANGAT SERABUT. ntah apa yang ada di kepala ku ni. balik2x benda yang sama. apa yang aku buat semua tak kena. aku tengok tv pun macam bukan tv. menghadap lappy yang macam bukan rupa lappy sudah. apalagi handphone, langsung takda macam rupa handphone. punyalaaaaa.. aku hanya dapat berdoa kepada ALLAH S.W.T, untuk berikan aku hidup yang tenang, jiwa yang tenang bersama, keluarga, rakan2x dan orang yang tersayang. sesungguhnya tiada perkara yang boleh buat jiwa tenang selain mengingati ALLAH S.W.T ::





/