I LOVE YOU








:: ingatlah selalu saat itu ::
Friday 28 September 2012 | 08:37 | 0 comments

Anamarija Belamarić

huh~ dalam masa 2 bulan lagi aku akan melangkah keluar dari sekolah itu. . sekolah yang dimana setiap sudutnya mencipta sejuta kenangan. kenangan pahit dan manis semua ada disitu. aku pasti rindu pakai baju kurung putih dan skirt biru. gembira juga sebab akan memasuki alam yang lebih mencabar, melangkah kearah yang semakin dewasa. sedih juga sebab akan berpisah dengan rakan-rakan. yaa, rakan-rakan yang sangat dikasihi.

* berjanjilah yang kita takkan terpisah. ikatan kita sangat kuat untuk dileraikan * :'(
:: i don't know, i'm sad ::
Friday 21 September 2012 | 08:43 | 0 comments


huh~ aku pandang jarum jam menunjukkan tepat jam 11 malam. kenapa aku masih duduk disini?? kenapa aku sendiri?? kenapa aku rasa sunyi?? kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa?? handphone di sebelah nie aku tengok macam bukan handphone sudah. kau tahukah yang aku tunggu kau berbunyi. kau tahukah?? aku cakap nie, aku tunggu kau berbunyi. kau dengarkah?? ouh sorry, aku terlalu mendesak kau untuk berbunyi, sebenarnya bukan begitu maksudku. aku hampa. aku cakap betul nie, aku hampa bila kau tidak sampaikan khabar dari dia. eh, bukan juga begitu maksudku. begini, aku hampa bila dia tiada khabar dari dia.

macam mana aku mahu jelaskan apa yang aku rasa sekarang nie. kenapa aku harus menanti malam ini bila ada hari esok?? tapi yakinkah esok akan menjanjikan hari yang baik untuk aku. aku benci betul rasa begini. jika esok berterusan jadi begini, tiada apa yang boleh aku luahkan. I'M SAD. ya ALLAH, urat nadiku pun tahu yang aku sedang hampa. penuh penantian aku duduk disini. akukah yang terlebih emosi?? aku cuba memahami, bukanlah. aku memang memahami dia. dan akan selamanya faham semua tentang dia. aku takkan lupa semua tue. i will never forget him, forever means forever he lives in my heart.
:: percayalah , rancangan ALLAH itu sempurna ::
Thursday 20 September 2012 | 04:14 | 0 comments

Риянна Шамс

cinta kerana ALLAH itu sangat-sangat berbeza dengan cinta kerana nafsu. cinta kerana ALLAH, setiap pasangan pasti mengingatkan tentang solat, al-quran, iman, menutup aurat dengan sempurna, mencintai pasangan tapi tidak melebihi cinta kepada ALLAH yang MAHA ESA, kerana cinta itu adalah anugerah dari-NYA. cinta kerana nafsu itu tidak akan memikirkan tentang semua ini, yang penting keperluan nafsunya terisi.

"Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah."

"Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan."

kita merancang yang terbaik untuk masa depan, kehidupan yang bahagia. . but sometimes nasib tidak menyebelahi kita kan?? mungkin takdir telah menentukan yang seorang berjaya, seorang tidak. jangan risau, bukan disitu kayu ukurnya, rancangan ALLAH adalah rancangan yang sempurna dan terbaik. selalu aku diingatkan dengan kata-kata ini  jika terjadi perpisahan, jangan disesalkan pertemuan. ALLAH lebih tahu apa yang kita tidak tahu. aku juga percaya pada jodoh yang telah ditakdirkan oleh ALLAH. manalah tahu kan, suatu hari kita terpisah tanpa kerelaan hati masing-masing, then dengan izin ALLAH, kita bertemu semula. bertemu dengan cara yang lebih indah. waktu itu, masing-masing sudah berjaya. :') insyaALLAH. kalau boleh, janganlah ada perpisahan. JANGANLAH.


:: masalah atau takut ::
Wednesday 5 September 2012 | 00:09 | 0 comments

Tumblr_lpnu05obtl1qazha3o1_400_large

aku jarang kongsi dengan orang lain tentang apa yang aku rasa. bagi aku, apa yang aku rasa, biarlah aku sendiri yang tanggung, buat apa mahu bebankan orang lain dengan masalah kita kan?? okayy, sebenarnya aku takda masalah, tapi aku yang cari masalah. hmm, bukan begitu maksudnya, masalah nie kan sebenarnya bukan masalah juga. aku pun tak tahu apa juga namanya nie. pedulilah. si siti cakap, kalau ada masalah atau apa-apa, kau cakaplah dengan aku. sebenarnya, aku takda masalah juga nie, tapi ntah lah macam ada yang mengganggu fikiranku. aku perlu kawan untuk bercakap, bukan aku tak percaya si siti, tapi aku rasa kawan baikku lah orang yang paling layak untuk aku bercakap. tapi masa saja yang tidak sesuai. 

aku pasti orang takkan percaya yang aku nie sebenarnya _____________________. bukan gila, tapi selalu ada perasaan takut. bukan takut hantu, aku pun tak tahu takut apa. sometimes rasa macam mahu lari. tapi itulah, aku pun tak tahu macam mana nie. bila perasaan tue datang, aku akan tengok sekeliling. ntah apa yang aku cari. mohon pada ALLAH saja lah kan?? kalau aku cerita dengan mama, mama cakap itu penyakit, mahu di ubat. sometimes di kelas yang ramai kawan tue pun aku boleh rasa takut. cuaca panas pun aku boleh rasa sejuk.




:: itulah kehidupan yang sebenar ::
Monday 3 September 2012 | 04:31 | 0 comments

Cape Town wedding photography; muslim nikah ceremony

aku percaya pada takdir yang ALLAH tentukan untuk hidupku. aku percaya semuanya adalah rancangan ALLAH. kalau saja aku boleh putar balik masa kan, aku akan gunakan masa sebaik-baiknya dalam hidupku. ouhh yaaaa, aku kalau saja aku boleh putar balik masa, aku tak mahu sakitkan hati orang lain. aku pernah lukakan hati kawan baikku tanpa disengaja, tanpa ada niat untuk menyakitkan hatinya. aku tak tahu kenapa boleh terjadi perkara-perkara yang boleh menyebabkan hati menderita.

aku juga tidak memaksa untuk diri ini dihargai dan disayangi. itu semua datang dari hati orang yang rasa dirinya sangat rapat dengan aku. mungkin orang lain menilai aku dari luaran saja kan?? bukan aku mahu cakap yang hatiku baik, tapi yang sejujurnya dalam hatiku ada tersimpan rasa kasih, cinta dan sayang terhadap insan lain. *sekali cinta aku tetap cinta.

berbalik kepada kawan baikku. aku rindu persahabatan kami yang dulu. aku rasa jauh. jauh sangat untuk kejar balik apa yang aku rindukan. aku rindukan kenangan indah kami bersama. jika kita boleh jadi seperti dulu kan bagus. kita mungkin akan terpisah suatu hari nanti kerana kita membawa kehidupan baru dan menjadi dewasa. tapi jangan pernah kita lupa yang kita pernah berkongsi segala suka duka. 

:: pelik ::
| 00:39 | 0 comments


547341_296410847120705_1321704803_n_large

aku tak tahulah apa jadi dengan FACEBOOK ku nie. huh~ tak boleh buka langsung. aku lupa password kah?? ndak juga. salah email kah?? ndak juga. tapi memang langsung tak boleh buka. takpa, rehat kali dia kan?? =,=
:: semua ketentuan ALLAH ::
Sunday 2 September 2012 | 06:10 | 0 comments

419611_348632035180650_1920850337_n_large

jika satu hari nanti kau menemui cinta lain selepas aku pergi, pastikan dia lebih baik daripada aku. mungkin takdir telah menentukan kita untuk tidak bersama, bukan kerana benci, bukan juga kerana berubah hati, cuma aku terpaksa pergi buat selama-lamanya. bukakanlah pintu hatimu untuk orang lain yang boleh berkongsi kebahagiaan yang diimpikan oleh setiap insan. 

walaupun kau terlalu menyayangiku dan tidak boleh melupakanku, ingat, ada orang lain yang sangat menyayangimu. aku juga terlalu menyayangimu dan tak sanggup meninggalkanmu. kau harus bahagia, carilah cinta lain yang boleh gantikan aku selepas aku pergi. jika kau tidak boleh lakukannya kerana terlalu menyayangiku, cuba pejamkan matamu, bayangkan peggantiku itu adalah aku, pasti kau boleh nyatakan cinta kepadanya.

jika itu pun kau tidak boleh lakukan. tidak perlu buat apa-apa. teruskan hidupmu bersama kenangan yang kita pernah ada. hiduplah sendiri kerana aku juga tidak sanggup melihat kau bersama orang lain. itulah yang sejujurnya. rasa lebih bagus jika faham erti yang sebenarnya. this is the answer.
:: my family , my everything ::
Saturday 1 September 2012 | 07:15 | 0 comments

aku sangat-sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. ada abah, ada mama, ada abang, ada kakak, ada adik. lengkap. tiada seorang pun dalam dunia nie yang boleh gantikan tempat keluarga aku nie dalam hatiku. tiada seorang pun! jujur! aku tidak boleh berjauhan dari keluargaku. bukan kerana aku terlalu manja, tapi hakikatnya memang aku tidak boleh jauh. aku tidak tahu kenapa. memang itulah kebenarannya. aku pasti rindu dengan keluargaku bila aku sudah jauh nanti. aku tidak dapat bayangkan bagaimana hidupku nanti. pasti aku rindu dengan masakan mama. dan yang sangat pasti, airmata ku akan mengalir setiap malam. aku tahu sudah. tak payah tunggu nanti, aku sudah dapat pastikan yang aku pasti menangis. dan yang lebih parah lagi, aku tidak boleh kalau tiada mama dengan abah. semuanya takkan jadi.


abah tersayang

mama tersayang

apa-apa pun, keluargaku adalah segalanya bagiku. betapa dalamnya kasih, cinta dan sayangku untuk familyku. semuanya untuk familyku. ya ALLAH, aku mohon padaMU, peliharalah kedua orang tuaku, dan adik-beradikku serta saudaraku daripada dosa, jauhkanlah keluargaku daripada kejahatan. selamatkanlah keluargaku di dunia dan di akhirat. sungguh aku sangat-sangat mencintai keluargaku.




/